
INFO INTEGRITI BIL.4/2025 - INTEGRITI RAMADAN
Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat-Nya sekali lagi dapat kita menyambut Ramadan al-Mubarak pada tahun ini. Sesungguhnya Ramadan bulan yang berkat serta dilimpahi dengan pelbagai rahmat-Nya yang membawa kita untuk merasai keinsafan diri, meningkatkan tawaduk, keimanan dan ketakwaan dalam kalangan umat Islam.
Bulan Ramadhan bukan sahaja melatih umat Islam untuk meningkatkan amal ibadah tetapi juga untuk memperteguh nilai integriti dalam kehidupan seharian. Amalan integriti yang dapat dipupuk semasa bulan Ramadan antara lain adalah seperti berikut:
- Bersahur, berbuka dan bersedekah daripada sumber rezeki yang halal dan berkat.
- Meningkatkan amal ibadat dan perbuatan baik.
- Melatih diri berdisiplin dengan sentiasa menepati waktu.
- Meningkatkan produktiviti di tempat kerja dan mengelakkan pembaziran waktu.
- Melatih diri patuh kepada peraturan yang ditetapkan.
- Melatih diri bersifat amanah, jujur dan ikhlas dalam setiap tingkah laku.
- Mengawal perbuatan dan percakapan daripada sesuatu yang tidak bermanfaat atau yang boleh menyebabkan fitnah.
Marilah kita bersama-sama bermuhasabah dan memperbaiki diri di bulan Ramadan serta sentiasa mengamalkan nilai integriti dalam kehidupan seharian.
Updated:: 16/02/2026 [fatin.azam]
MEDIA SHARING