INFO INTEGRITI BIL. 6/2025 - LARANGAN MEMBUAT PERNYATAAN AWAM OLEH PEKERJA UPM | OFFICE OF THE LEGAL ADVISOR ppuu
» INTEGRITY INFORMATION » INTEGRITY INFORMATION 2025 » INFO INTEGRITI BIL. 6/2025 - LARANGAN MEMBUAT PERNYATAAN AWAM OLEH PEKERJA UPM

INFO INTEGRITI BIL. 6/2025 - LARANGAN MEMBUAT PERNYATAAN AWAM OLEH PEKERJA UPM

 

INFO INTEGRITI BIL.6/2025 - LARANGAN MEMBUAT PERNYATAAN AWAM OLEH PEKERJA UPM

Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya lebih berhemah semasa membuat apa-apa pernyataan awam secara lisan/ bertulis di media massa atau semasa menggunakan kemudahan media sosial dan di medium interaksi lain di internet. Pernyataan awam termasuklah apa-apa pernyataan / ulasan yang dibuat kepada akhbar / atau orang ramai atau semasa memberi syarahan / ucapan awam atau dalam mana-mana penyiaran.

Pekerja UPM tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain:

 

  • Membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan mana-mana dasar, program atau keputusan UPM/ Kerajaan atas apa-apa isu.
  • Membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama UPM/ Kerajaan.
  • Memberi apa-apa maklumat factual berhubungan dengan UPM.
  • Memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan berhubungan dengan UPM kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Menteri Pendidikan Tinggi.

 

Contoh:

  • Memberi ceramah memburukkan pentadbiran Kerajaan atau Badan Berkanun.
  • Membuat ulasan / penjelasan mengenai suatu peristiwa / kejadian yang bukan berkaitan dengan bidang kepakarannya tanpa kebenaran Menteri Pendidikan Tinggi.
  • Menyuarakan perasaan ketidakpuasan hati menerusi kenyataan akhbar.

 

UPM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib terhadap pekerja yang didapati terbabit dalam perbuatan berkenaan.

 

Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Updated:: 16/02/2026 [fatin.azam]

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE LEGAL ADVISOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6172
+603-9769 2046
X, (08:55:31am-09:00:31am, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]