
INFO INTEGRITI BIL.1/2025 - RINGKASAN KES TATATERTIB TAHUN 2024
Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan laporan pelanggaran tatakelakuan tahun 2024, terdapat lapan (8) kes yang telah dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib. Ringkasan jenis kes salah laku dan hukuman adalah seperti berikut :
Untuk makluman, hukuman tatatertib yang telah dikenakan kepada pegawai berkenaan adalah seperti berikut:
Manakala bagi empat (4) kes lagi adalah seperti berikut:
Sehubungan itu, warga UPM diingatkan agar sentiasa menghayati Prinsip Etika Kerja dan Nilai-Nilai Murni UPM serta menjaga tatakelakuan seperti yang digariskan dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab dan Penyelia bertanggungjawab untuk terus menjalankan pemantauan, kawalan dan pengurusan tatatertib ke atas pegawai bawahan masing-masing dan membuat laporan segera jika terdapat pelanggaran etika dan peraturan. Adalah diingatkan bahawa Peraturan 21, Jadual Kedua, Bahagian II, Akta 605 menyatakan bahawa :
21(1) – Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannya dan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian bagi apa-apa pelanggaran peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
21(2) – Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan telah cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
Updated:: 16/02/2026 [fatin.azam]

Level 4, Canselori Putra Building
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN