INFO INTEGRITI BIL. 14/2025 - KEGAGALAN MELAPORKAN RASUAH ADALAH SATU KESALAHAN | OFFICE OF THE LEGAL ADVISOR ppuu
» INTEGRITY INFORMATION » INTEGRITY INFORMATION 2025 » INFO INTEGRITI BIL. 14/2025 - KEGAGALAN MELAPORKAN RASUAH ADALAH SATU KESALAHAN

INFO INTEGRITI BIL. 14/2025 - KEGAGALAN MELAPORKAN RASUAH ADALAH SATU KESALAHAN

 

INFO INTEGRITI BIL.14/2025 - KEGAGALAN MELAPORKAN RASUAH ADALAH SATU KESALAHAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai kewajiban melaporkan tawaran/ pemberian atau permintaan suapan di bawah Seksyen 25, Akta SPRM 2009. Kegagalan melapor rasuah boleh menyebabkan anda didenda tidak lebih RM100,000.00 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Laporan/ aduan yang dikemukakan perlu mempunyai maklumat seperti berikut:

i.   Identiti orang yang terlibat;

ii.  Tarikh, masa dan tempat rasuah berlaku;

iii.  Bentuk dan nilai rasuah;

iv.  Saksi lain yang mengetahui/ melihat kejadian yang berlaku;

v.   Apa-apa dokumen/ maklumat yang difikirkan boleh membantu siasatan; dan

vi.  Tujuan rasuah diberikan atau diterima.

 

Sehubungan itu, semua warga UPM diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan melaporkan tawaran/ pemberian atau permintaan suapan serta bersama-sama membanteras jenayah rasuah.

Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Updated:: 16/02/2026 [fatin.azam]

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE LEGAL ADVISOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6172
+603-9769 2046
X, (08:33:51am-08:38:51am, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]