Pejabat Penasihat Undang-Undang bertanggungjawab bertindak atau melakukan sesuatu tindakan dengan berintegriti, berpengetahuan dan berasaskan nas undang-undang bagi menyokong persekitaran dinamik pengajaran-pembelajaran dan penyelidikan serta perundingan dalam Universiti. Kami beriltizam untuk menyediakan, menguruskan dan menyelaraskan semua perkhidmatan undang-undang kepada Universiti, sebagai satu institusi, bagi mengurangkan risiko dan kos perundang-undangan, dan akan sentiasa melakukan sedemikian dengan berkesan, boleh percaya dan profesional.