Sempena pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) tahun 2023, Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) telah menganjurkan aktiviti gotong royong kali pertama bagi tahun 2023 untuk memastikan keterlibatan secara aktif PPUU dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) seperti ketetapan berikut:
TARIKH : 2 Jun 2023
HARI : Jumaat
MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : Pejabat Penasihat Undang-Undang
Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) akan menganjurkan aktiviti gotong royong mingguan bagi tahun 2023 untuk memastikan keterlibatan secara aktif PPUU dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
TARIKH : Bermula 27 Oktober 2023 hingga 24 November 2023
HARI : Setiap hari Jumaat
MASA : 10.30 pagi hingga 4.30 petang
TEMPAT: Pejabat Penasihat Undang-Undang
Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) akan menganjurkan Hari Pengiktirafan EKSA @ PPUU bagi menghargai daya usaha dan penglibatan warga PPUU dalam menjayakan program EKSA bagi sesi 2023. Sila ambil perhatian bahawa program tersebut akan dijalankan sepertimana ketetapan berikut:
TARIKH: 1 Disember 2023 (Jumaat)
MASA : 3.00 Petang
Terdapat lima (5) kategori yang dipertandingkan untuk Hari Pengiktirafan EKSA @ PPUU seperti berikut:
- Zon Terbaik;
- Ruang Kerja Staf Terbaik;
- Bilik Pegawai Terbaik;
- Hasil Kreativiti Terbaik; dan
- Anugerah Khas PUU.
Kemaskini:: 21/11/2023 [fatin.azam]
PERKONGSIAN MEDIA