UPM Serdang, 28 April 2026 – Satu lawatan penanda aras telah diadakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk melaksanakan sesi perkongsian berkaitan pengurusan rekod dan dokumen Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian (MoU/MoA) yang lebih sistematik dan efisien. Di samping itu, lawatan ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara PPUU UPM dan UKM melalui sesi perbincangan dua hala, pertukaran pandangan berkaitan proses semakan dan tatacara kelulusan MoU/MoA serta lain-lain surat cara.
Sesi perbincangan dijalankan secara hibrid, melibatkan penyertaan bersemuka dan atas talian. Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Muhammad Adil bin Ahmad Tajuddin, Penasihat Undang-Undang UPM, dan disertai oleh Pn. Nariza binti Mohd Elias, Pegawai Undang-Undang Kanan, serta En. Shamiel Fikri bin Ishak, Cik Nor Amierah binti Hamzah, Cik Nurul Najwa binti Jalaludin dan Cik Fatin Syafiqah binti Muhsin, Pegawai Undang-Undang, Puan Rasmas binti Husni, Penolong Pegawai Tadbir dan Encik Md Lukma Nul Hakim bin Saad, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi).
Delegasi dari PPUU UKM terdiri daripada YBrs. Puan Muniroh Abdul Razak, yang menjalankan fungsi Penasihat Undang-Undang, Puan Zie Fazleen Hashim, Encik Muhammad Hanafi Haron, Cik Nur Fatin Nabila Shafie, Cik Nor Najihah Abdol Mutalib, Puan Nur Izzati Mohd Fadzil, Puan Nurhusna Zainal Abidin, Cik Sharifah Nurul Qauthar Syed Roshidon, Puan Noor Harisha Zakaria dan Puan Noor Suhaiza Sadri.
Tarikh Input: 11/05/2026 | Kemaskini: 11/05/2026 | fatin.azam

Tingkat 4, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN