UPM Serdang, 7 Julai 2026 – Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Putra Malaysia (PPUU UPM) telah menyertai Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Bangunan Canselori Putra yang dianjurkan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan dengan penglibatan semua Pegawai Undang-Undang dan staf pelaksana PPUU UPM.
Penyertaan Latihan Kebakaran ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga PPUU UPM mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran, termasuk proses evakuasi, penggunaan laluan keluar kecemasan serta lokasi tempat berkumpul yang telah ditetapkan.
Pelaksanaan latihan kebakaran secara berkala merupakan satu langkah initiatif penting bagi memastikan setiap warga PPUU UPM memahami prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi sekiranya berlaku kebakaran.





Tarikh Input: 08/07/2026 | Kemaskini: 08/07/2026 | fatin.azam

Tingkat 4, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN