ENTITI KAMI | PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG
» ENTITI KAMI » Bahagian Penasihatan Undang-Undang / Pentadbiran & Kewangan

Bahagian Penasihatan Undang-Undang / Pentadbiran & Kewangan

Bahagian ini mempunyai fungsi dan tanggungjawab seperti berikut:

  • Memberikan penasihatan undang-undang mengenai apa-apa transaksi yang ingin dimasuki oleh Universiti.
  • Memantau dan menyelia seksyen guaman, gubalan korporat, dan tadbir urus dan memberikan penasihatan undang-undang bagi perkara dalam kendalian seksyen tersebut.
  • Memberikan penasihatan undang-undang mengenai Perlembagaan Universiti, Statut, Kaedah dan Peraturan termasuk yang berkaitan dengan peruntukan tatatertib staf dan pelajar universiti.

 

Selain itu, Bahagian ini mempunyai fungsi dan tanggungjawab berkenaan berikut:

  • Menjalankan dan memantau tugas pentadbiran am Pejabat Penasihat Undang-Undang;

  • Menjalankan dan menguruskan urusan perancangan dan pengendalian latihan staf dan latihan tahunan Pejabat Penasihat Undang-Undang;

  • Menjalankan dan memantau urusan rekod cuti staf Pejabat Penasihat Undang-Undang;

  • Menjalankan dan memantau urusan kewangan Pejabat Penasihat Undang-Undang termasuk perolehan, stor, inventori, pengurusan dan pelupusan aset;

  • Memantau urusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan Pejabat Penasihat Undang-Undang;

  • Meneraju, menguruskan dan memantau pentadbiran pejabat dan hal ehwal sistem pengurusan kualiti Pejabat Penasihat Undang-Undang QMS MS ISO 9001:2015, ISMS ISO/IEC 27001:2013 dan EKSA.

Kemaskini:: 06/10/2022 [amierah_hamzah]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6172
+603-9769 2046
W, (02:14:56am-02:19:56am, 26 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]