Pecah kontrak perkhidmatan adalah apabila seseorang pegawai yang masih lagi mempunyai ikatan perjanjian kontrak (bond) untuk berkhidmat dengan Universiti bagi beberapa tempoh yang telah ditetapkan di dalam kontrak bertindak mengingkari terma dan syarat kontrak tersebut. Maka, pihak Universiti mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai terbabit.
Hantar ke Pejabat PUU dengan segera untuk Pejabat PUU memulakan tindakan mempertahankan Universiti.
Terdapat EMPAT (4) kaedah pembayaran bagi pecah kontrak perkhidmatan iaitu:- a) melalui arahan bayaran tetap bank yang tidak boleh dibatalkan (irrevocable standing instruction) ke dalam akaun RHB Bank Berhad, atas nama Universiti Putra Malaysia. Sila hubungi pejabat kami untuk mendapatkan nombor akaun. Sesalinan borang permohonan kepada pihak bank bagi arahan bayaran tetap tersebut hendaklah dimajukan kepada kami bagi tujuan rekod serta pemantauan oleh Pejabat Bendahari UPM; b) melalui mesin deposit tunai RHB Bank Berhad, atas nama Universiti Putra Malaysia. Sila hubungi pejabat kami untuk mendapatkan nombor akaun. Sesalinan resit transaksi tersebut hendaklah dimajukan kepada kami bagi tujuan rekod serta pemantauan Pejabat Bendahari UPM; c) melalui cek lewat tarikh (post dated cheque) yang dihantar kepada Bahagian ini setiap tahun atas nama BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA sehingga selesai jumlah tuntutan; atau d) melalui Payment Gateway UPM.
Boleh, Universiti boleh membuat tuntutan saman ke atas pihak ketiga dan juga disaman oleh pihak ketiga.
Seseorang staf boleh diambil tindakan pelanggaran kontrak perkhidmatan sekiranya penama tersebut telah melanggar terma perjanjian dalm kontrak perkhidmatan tersebut.
Universiti Putra Malaysia ialah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan dan diperbadankan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) dan atas perintah Yang Di-pertuan Agong di bawah Perintah (Pemerbadanan) Universiti Pertanian Malaysia P.U(A) 387/1971 dan Perlembagaan Universiti Putra Malaysia P.U.(A) 448/2010.
Ya, Perlembagaan UPM [P.U.(A) 106/1998] telah dimansuhkan oleh Seksyen 63 Perlembagaan UPM [P.U(A) 448/2010] yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) ialah Akta Parlimen dan merupakan Akta yang membolehkan sesebuah universiti awam ditubuhkan oleh Yang Di-pertuan Agong.
Ratio Legis Est Anima Legis bermaksud "Alasan berasaskan undang-undang merupakan jiwa undang-undang". Ia merupakan maxim daripada bahasa Latin yang menjadi dictum kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang.
Statut-Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan ialah undang-undang subsidiri yang boleh dibuat oleh Universiti di bawah Perlembagaan. Mengikut Perlembagaan Universiti Putra Malaysia:- (a) Statut dibuat oleh Canselor dan disediakan oleh Lembaga Pengarah Universiti. Perkara-perkara yang boleh dijadikan Statut ialah perkara-perkara yang disenaraikan oleh Seksyen 34 Perlembagaan UPM. (b) Kaedah-Kaedah dibuat oleh Lembaga Pengarah Univeristi. Perkara-perkara yang boleh dijadikan Kaedah-Kaedah ialah perkara-perkara yang disenaraikan oleh Seksyen 36 Perlembagaan UPM. (c) Peraturan-Peraturan pula boleh dibuat oleh Lembaga dan Senat.Perkara-perkara yang boleh dijadikan Peraturan-Peraturan ialah perkara-perkara yang disenaraikan oleh Seksyen 38 Perlembagaan UPM.
Contoh Statut UPM 1) Statut Universiti Pertanian Malaysia (Lembaga Kediaman Pelajar) 1978 [P.U.(A)/219] 2) Statut Universiti Pertanian Malaysia (Lembaga Hal Ehwal Pelajar) 1979 [P.U.(A)/98] 3) Statut Universiti Pertanian Malaysia (Senat) 1983 [P.U.(A) 249] Contoh Kaedah-Kaedah UPM 1) Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Penyelidikan) 2012 2) Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Akademik) 2003 (Pindaan 2005) 3) Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005 Contoh Peraturan-Peraturan UPM Peraturam-Peraturan Universiti (Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar) 2011
Ahli Lembaga Pengarah Universiti ialah seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 17 Perlembagaan. Manakalah ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti ialah seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 23 Perlembagaan.
Sila Tuan/Puan layari laman sesawang ini https://paygate.upm.edu.my
Sila Tuan/Puan klik Butang Make Payment
Sila Tuan/Puan isi semua maklumat yang diperlukan di kotak ruangan seperti nama penuh, alamat emel, dan sebagainya.
Sila Tuan/Puan pilih Bayaran Gantirugi Pecah Kontrak Staf
Ya
Perlu. Sila emel resit pembayaran kepada legal@upm.edu.my
Tiada sebarang bayaran perkhidmatan dikenakan.
Payment Gateway ini menyokong mata wang bagi RM dan USD. Kami boleh menerima pembayaran melalui Mastercard dan Visa.
Kemaskini:: 04/08/2021 [hazirah.mt]
Tingkat 4, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN