Legal Advisor | OFFICE OF THE LEGAL ADVISOR
» ABOUT US » Welcome Remarks » Legal Advisor

Legal Advisor

 

 
 
 
 
Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera.

Saya mengucapkan selamat datang dan selamat melayari laman sesawang Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU). Harapan saya, maklumat yang diberikan di sini dapat memberi tuan/puan gambaran berkenaan fungsi dan tanggungjawab Pejabat ini dan membantu tuan/puan untuk mendapatkan maklumat penting mengenai perkhidmatan undang-undang Universiti.

Penasihat Undang-Undang bertanggungjawab dalam memberikan penasihatan undang-undang kepada Universiti dan memastikan kepentingan perundang-undangan Universiti sentiasa terpelihara dalam apa jua transaksi yang dimasuki dengan pihak lain. Dalam menjalankan peranan tersebut, Penasihat Undang-Undang dibantu oleh pegawai undang-undang dan staf pelaksana yang bertanggungjawab memastikan kelancaran perkhidmatan yang diberikan menurut piagam pelanggan Pejabat ini. Ketua Bahagian Penasihatan Undang-Undang, dan Ketua Seksyen Tadbir Urus, Seksyen Gubalan Korporat dan Seksyen Guaman, menjalankan portfolio yang dipertanggungjawabkan oleh Penasihat Undang-Undang bagi kelancaran urusan harian.

Dalam memberikan penasihatan, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti Putra Malaysia dan dokumen perundangan Universiti yang berkaitan, sentiasa menjadi dokumen rujukan utama Penasihat Undang-Undang dalam memastikan pematuhan terhadap tadbir urus cemerlang Universiti.

Saya berharap laman ini dapat memberikan panduan dan manfaat kepada sesiapa yang memerlukan maklumat yang diperlukan dan dapat membantu semua pihak dalam melancarkan proses kerja berkaitan yang perlu disempurnakan.

Sekian.

Profesor Madya Rozanah Ab. Rahman (Ph.D)
Penasihat Undang-Undang
Pejabat Penasihat Undang-Undang
Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan.

 


Updated:: 24/07/2015 [fauzibosri]

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE LEGAL ADVISOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466172
0389472046
C1506190863